“ Ai termenung jer. Kau ingatkan siapa?” Khairi menjeling teman yang menyergahnya tiba-tiba.
“ Yang kau tu entah datang dari mana. Tiba-tiba jer muncul. Buat gempak pulak tu.” Khairi membidas Arman yang tersenyum mengejek.
“ Aku teringatkan Sue.” Arman mengeluh dengan jawapan yang diberikan Khairi.
“ Dah lah tu. Tak payahlah nak ingat benda sedih lagi.”
“ Setiap kenangan yang ada dirinya terlalu indah dalam perjalanan hidup aku. Aku terlalu rindukan dia.”
“ Kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Janganlah ingat perkara tu lagi.” Arman menepuk bahu teman rapatnya.
“ Takdir Ilahi yang memutuskan cinta kami aku rasakan terlalu kejam.”
“ Jangan sesekali kau salahkan takdir kawan. Apa yang berlaku telah disuratkan sejak azali lagi. Akurlah yang dia bukan jodoh kau.”
“ Kalaulah aku punya kuasa untuk menyambung perjalanan cinta kami. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya cinta aku terhadap dia.”
“ Apa yang Sue pandang?”
“ Cuba Khai tengok langit tu. Indah kan ciptaan Tuhan. Memang kuasanya takkan terjangkau dengan kuasa setiap makhluk yang ada. Membuatkan Sue sedar yang sebenarnya apa yang kita miliki hanyalah pinjaman sementara dari yang maha Esa.” Khairi tergelak mendengar bicara Sue yang dirasakan menggeletek hatinya.
“ Memang apa yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman yang Esa. Semua orang tahu sue.” Untuk kali ini Sue pula yang tergelak.
“ Kalaulah Sue punya sedikit kelebihan untuk membalas kata-kata indah Khai.” Sue memandang penuh kasih wajah Khairi yang menghiasi ruang matanya.
“ Ambillah! Khai rela segala yang Khai miliki menjadi milik Sue.” Kedua-duanya tergelak dengan gurauan Khairi yang bersahaja.
“ Apa impian yang Khai mahu capai dalam masa terdekat ni?” Sue bertanya lembut sambil pandangannya masih setia di wajah Khairi.
“ Impian? Emm apa ek? Entahlah!” Khairi mengjungkitkan bahunya bagi mengukuhkan lagi apa yang diucapkannya.
“ Janganlah macam tu. Serius ni. Takkan tak ada impian. Mesti ada.”
“ Eh dia ni paksa-paksa orang pulak.”
“ Sue serius la ni.”
“ Nak siapkan projek akhir untuk subjek Dr Hashim.” Khairi tergelak dengan apa yang terluah dari mulutnya. Sengaja dia ingin mempermainkan gadis yang terlalu elok parasnya itu. Kasih yang tumpah untuk gadis itu melebihi rasa sayang terhadap segalanya. Gadis itu benar-benar membuatkan dirinya sentiasa indah dengan setiap tingkah yang terbit dari gadis kecil molek itu. Ketawa Khairi terhenti apabila melihat wajah gadis itu yang mula mencuka. Dia tahu gurauannya tidak menjadi.
“ Okeylah. Ini Khai cakap yang betul. Sejujurnya jawapan yang akan Khai berikan kepada soalan Sue.” Senyuman terus melebar di bibir merekah milik gadis pujaan hatinya.
“ Haa kalau serius macam ni kan elok. Ni saja jer nak buat Sue geram. Apa dia?”
“ Lepas habis study ni Khai nak pinang Sue.” Sue terdiam dengan apa yang diperkatakan oleh Khairi. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan patah perkataan.
“ Sue serius la. Itu bukan impian.”
“ Khai serius lah. Itulah impian Khai dalam masa yang terdekat ni. Dah Sue nak jawapan. Itulah jawapan yang sejujurnya. Memang itulah apa yang Khai mahukan selama ni. Khai dah cukup kenal dengan perangai Sue. Dengan setiap hati budi Sue. Khai yakin yang Sue adalah yang terbaik untuk Khai.”
“ Tak sukalah main-main macam ni.”
“ Laa Khai serius la ni. Hajat ni pun Khai dah sampaikan pada mama. Dan mama setuju. Nanti lepas habis study mama akan bawa cincin sebagai tanda untuk jadikan Sue tunang Khai.”
“ Yelah tu. Dah tu takkan mama Khai terus setuju.” Khairi tersenyum mendengar persoalan itu. Dia tahu yang pasti soalan itu akan timbul untuk dirinya.
“ Mama tanya kenapa Khai pilih Sue.”
“ Apa yang Khai jawab?”
“ Cuma satu ayat jer.”
“ Apa dia?”
“ Khai pilih Sue sebab Khai yakin Sue dapat jaga mama.” Jawapan itu melahirkan senyuman di bibir Sue.
“ Terima kasih kerana menghargai kehadiran Sue dalam hidup Khai.”
“ Khai yang patut brterima kasih kerana Sue hadir dalam hidup Khai. Khai janji yang cinta kita takkan pernah Khai khianati. Khai akan jaga cinta ini dengan penuh rasa kesyukuran.” Sue memandang wajah insan yang dicintainya itu dengan pandangan yang kabur. Ada manik jernih yang tidak diundang semakin menodai kelopak matanya. Sememangnya dirasakan dirinya begitu dihargai oleh lelaki itu. Cintanya buat Khairi semakin hari semakin kuat. Tidak pernah kurang walau sedetik pun.
Arman menghampiri Khairi yang asyik mengulangkaji di mejanya. Bilik yang agak sempit itu sememangnya agak membataskan pergerakan keempat-empat orang yang menghuni bilik itu. Arman menapak masuk setelah memberikan salam.
“ Kenapa?” Khairi mengangkat keningnya melihat Arman yang mendekat.
“ Kenapa? pelik?”
“ Tak adalah. Tapi biasanya jarang sangat kau nak datang bilik aku ni. Semester ni berapa kali jer kau melawat bilik aku ni.” Khairi dan Arman tergelak.
“ Tak adalah. Ni buah hati kau kirimkan surat.”
“ Aik! Mana kau dapat ni? Siapa yang bagi?” Khairi mengerutkan sedikit keningnya kerana pada masa itu hanya kursusnya sahaja yang tidak pulang menjalani cuti semester kerana dia perlu menjalani semester pendek yang telah ditetapkan oleh universiti.
“ Lina yang bagi aku. Dia cakap sebelum semua budak-budak ni balik cuti sem hari tu Sue ada jumpa dia. Sue pesan pada Lina bagi surat ni pada kau.”
“ Sebelum cuti sem hari tu? Dah tu kenapa dia tak bagi terus pada aku jer? Kenapa mesti bagi kat Lina pulak? Lagipun dah tiga minggu diorang cuti kan? Kenapa baru sekarang Lina bagi kat kau?”
“ Itu aku tak tahu. Kau tanyalah Sue sendiri.”
“ Sejak start suti sem hari tu lagilah aku tak berhubung dengan Sue.”
“ Laa kenapa pulak?”
“ Dia cakap yang dia tak nak ganggu aku dalam masa sem pendek ni sebab final exam dah nak dekat. Dia suruh aku fokus untuk exam.”
“ Jadi memang kau tak berhubung dengan dia la untuk tiga minggu ni?”
“ Yelah dah tu yang dia nak. Lagipun dia cakap tu jugak syarat yang dia kenakan supaya dia setuju untuk aku pinang dia masa dah habis belajar nanti.”
“ Jadi kau setuju?”
“ Yelah! Lagipun kita ni dah tahun akhir. Berapa bulan je lagi nak habis.”
“ Huh! Boleh pulak kau hidup.” Kedua-duanya tergelak kuat dengan kata-kata Arman.
“ Eh Khai cepatlah bukak. Apa yang Sue tulis? Aku nak tahu jugak. Kalau kau rasa aku tak busy body la.”
“ Heh! Selama ni memang aku tak pernah berkira pun dengan kau. Semua rahsia aku kau tahu kan? Jadi tak payah nak buat muka macam tak ada perasaan macam tu la.” Arman menepuk bahu kawannya itu dan melabuhkan duduk di sebelah Khairi.
“ Eh tapi aku pelik la dengan Sue ni. Kenapa dia main hantar-hantar surat pulak. Kan senang kalau dia call je aku. sekarang ni zaman apa.”
“ Ah dah lah baik kau buka. Baca apa yang dia tulis. Itu jawapan kepada semua persoalan.”
“ Yelah! Yelah!” Khairi membuka sampul yang menyorokkan isi apa yang tersurat. Dibacanya satu persatu.
Assalamualaikum…..
Maafkan Sue sebab melayangkan surat yang mungkin Khai tak jangkakan. Maaf sekali lagi sebab Sue sampaikan surat ini melalui Lina. Tidak kepada Khai sendiri. Semasa Khai membaca surat ini pasti tarikhnya lima Mei kan? Sengaja Sue sampaikan pesan pada Lina supaya sampaikan pada Khai pada tarikh ni. Sue mahu Khai percaya yang saat ini Sue amat merindui Khai. Malahan, rasa rindu itu takkan pernah padam. Terima kasih kerana menerima Syarat Sue supaya kita tidak berhubung semenjak bermulanya cuti semester.
Sebenarnya Khai, Sue perlu ucapkan berbanyak terima kasih kepada Khai kerana sanggup menerima syarat itu. Sejujurnya Sue akui kesabaran Khai dalam melayani setiap tingkah laku Sue. Dan satu permintaan Sue. Semasa Khai membaca surat ini Sue harap yang sekali lagi Khai dapat bersabar dan menerima keputusan yang Sue lakukan. Sue ingin berterus-terang tentang suatu perkara. Khai adalah lelaki terbaik yang pernah sue kenal. Khai juga memberikan segala kebahagiaan yang sue mahukan selama ini.
Tetapi, untuk saat ini, dan saat selepas ini, Sue harap Khai dapat berikan kebahagiaan yang Sue rasai itu kepada seseorang yang lain. Ya! Sue ikhlas. Sue minta maaf kerana tidak dapat memenuhi impian khai untuk menjadikan Sue sebagai tunang Khai.
Cinta Sue akan selamanya untuk Khai. Rindu Sue juga akan sentiasa begitu. Akan sentiasa setia untuk Khai. Namun, takdir tidak menyebelahi kita. Maafkan Sue. Sue terpaksa mengambil keputusan yang sebegini. Kiranya hati Khai terluka dengan apa yang Sue lakukan, izinkan Sue memohon maaf sekali lagi. Selamat tinggal Khai.
Salam sayang,
Sue
“ Apa yang dia mengarut ni Man?” Khairi bingkas bangun dari duduknya. Mencampakkan surat yang seketika tadi kemas di genggamannya. Suasana yang sunyi seketika tadi bising dengan suaranya yang kuat. Barannya memuncak dengan tiba-tiba. Sukar untuk dia menerima apa yang tersurat di dalam kertas yang ditulis tangan oleh Sue.
“ Sabar Khai. Mungkin ada sebab kenapa dia lakukan semua ni.”
“ Sebab apa? Hah? Sebab apa? Tak ada alasan yang layak pun untuk dia buat aku macam ni.”
“ Sabar Khai. Kau sendiri kenal macam mana dengan perangai Sue. Aku rasa baik kau call dia sekrang. Tanya alasan kenapa dia buat kau macam ni.” Arman cuba menenangkan kawannya yang tidak dapat mengawal emosinya.
“ Kalau betul keputusan dia nak tinggalkan aku macam mana Man? Aku takkan dapat terima.” Suara Khairi yang sebak mengelukan lidah Arman. Dia juga tidak punya kekuatan seandainya apa yang berlaku itu menyinggahi dirinya.
“ Kau call dia dulu. Pujuk dia.” Khairi mengangguk lemah dan mengambil handphone yang berada di atas meja tulisnya.
“ Aku tak sedap hati la Man. Macam mana kalau dia berkeras dengan keputusan dia? Apa salah aku Man?” Khairi hanya memegang handphone itu tanpa mendail nombor milik kekasih hatinya.
“ Kau call dulu. Biar dia jawab. Kau dengar alasan dia. Jangan cepat emosional.” Arman cuba menyedapkan hati kawan baiknya itu. Khairi memejamkan matanya seketika dan menekapkan handphone di telinganya.
“ Khai kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Apa yang kau menungkan ni. Dah lah tu. Jangan difikirkan sangat. Yang sudah tu sudahlah. Jangan diingat sangat. Nanti melarat.” Khairi tersentak dengan tepukan yang agak kuat di bahunya. Arman yang berada di sebelahnya membawanya kembali ke alam realiti.
Entah berapa lama ingatannya mengimbau kembali ingatan terhadap Sue. Kenangan tiga bulan yang lalu masih sentiasa kukuh dalam ingatannya.
“ Maafkan aku Man. Aku masih tak dapat nak lupakan Sue. Dia dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Setiap masa tak kira di mana je aku berada ingatan aku akan selalu terkenangkan Sue.”
“ Jangan macam ni Khai. Izinkanlah dia pergi. Biar dia tenang dengan apa yang ditentukan untuknya. Semoga dia takkan kecundang dengan setiap dugaan yang diberikan untuknya.”
“ Yelah Man. Terima kasih untuk segalanya. Kau banyak bantu aku.” Arman tersenyum. Dia tahu yang kawannya itu mempunyai satu kisah yang pahit. Yang selamanya akan menjadi duri dalam hatinya. Pergi kasihnya di saat dia masih memerlukan. Cinta yang penuh dengan kesucian itu takkan pernah ternoda dengan satu kehilangan. Dia akan terus mencintai.
“ Hello Sue”
“ Ini mak cik Khai.” Suara di hujung talian yang menyambut panggilannya kedengaran sebak.
“ Kenapa ni mak cik?” Rasa cemas yang membukit bercambah di dada Khairi.
“ Sue telah pergi semasa azan zohor tadi. Semasa umat islam beramai-ramai menunaikan solat jumaat.”
“ Apa yang mak cik cakap ni?” Sisa suara yang kedengaran terlalu lemah. Pergi? Apa maksud kata-kata itu?
“ Enam bulan yang lalu, doktor mengesahkan Sue menghidap barah otak. Tahap terakhir Khai…” percakapan di hujung talian sudah tidak singgah di telinga Khairi. Kakinya sudah terlalu lemah untuk menampung berat badannya. Tangannya sudah terkulai menjatuhkan handphone yang masih setia dengan penggilan. Tanpa sebarang amaran, Khairi rebah menyembah lantai bilik kolejnya. Pandangannya gelap.
No comments:
Post a Comment